I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selamat Tinggal!

Selamat tinggal.
itu saja yang aku mampu katakan.
bukan kerelaan aku untuk melihat kau pergi.
tapi keterpaksaan aku yang melihat kau pergi

kali ini aku lepaskan
pergilah dengan cara kau
dengan hidup kau
dengan keinginan kau.
ini yang kau nak
KEBEBASAN.

Aku sakit melepaskan
kau bahagia dilepaskan
biar aku yang sakit
asalkan kau bahagia.

terima kasih atas apa yang diberikan
terima kasih atas apa yang telah dibelanjakan
terima kasih di atas apa yang telah dikorbankan.
akan ku kenang
ku ingat
dan ku simpan.

biarlah kenangan pahit dan manis
dikenang hingga ke mati.
jangan sesekali dilupakan.
kerana ini menjadi satu kehidupan kita.

aku menyayangi kau
aku akan menunggu kau
dengan keizinan-Nya
kita bersama
jika tidak
bukan rezeki kita.

dulu,sekarang dan masa hadapan.
SCHA HASHIM



No comments:

Post a Comment