Pagi 1 Ramadhan dikejutkan dengan berita kesedihan iaitu pemergian salah seorang sahabat sekolah teknik slim river. berita kematian beliau amatlah mengejutkan. ini kerana dalam tidak disangka beliau telah pergi dari dunia ini untuk selamanya. walaupun hubungan kami tidak rapat, tetapi ia tetap meninggalkan sedikit kesan dalam diri ini.
beliau ialah mohd hazrein atau lebih dikenali dengan lalok. pelajar ABM SMT Slim River. beliau telah terlibat dalam kemalangan motosikal di Langkap pada pukul 12.30 am dan diberitakan meninggal dunia di Ipoh pada pukul 4.30 am. info yang saya dapat, beliau telah menunggang dengan laju dan telah berlanggar dengan sebuah kereta yang sedang membuat U-turn. kesian sungguh sahabat ini. tidak berkesempatan untuk menyambut puasa pertama bersama yang tersayang. moga rohnya diberkati Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
AL-FATIHAH.
p/s: bersama-sama lah menyedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.
: kelajuan membunuh.
:bersyukur kita masih berkesempatan menyambut ramadhan!
No comments:
Post a Comment