Apa yang kau taw pasal penat? Penat adalah sejenis keadaan dimana kau merasakan diri kau letih dan tak terdaya untuk menampung sebahagian besar apa yang telah kau lalui. Penat juga dapat dirasakan apabila kau bersukan atau sibuk membuat pelbagai perkara. Salah satu nya adalah CINTA.
Mungkin bukan semua yang penat bercinta. Tapi bagi aku, sangat-sangat penat. Nak melayan kerenah lagi nak kena tahan everything. Everything is under control. Jangan salah faham. Under control tak bermaksud queen/king control. Ia lebih terjerumus kepada menjaga hati pasangan. So, mesti penat kan nak jaga hati orang dan jaga hati sendiri. Dan semuanya akan serba tak kena. Kau nak kena punch card, nak kena report, nk kena roger. Kan kan?
Tapi sepenat-penat orang yang bercinta seperti aku, perasaan sayang tu tak pernah hilang dan mungkin akan kekal untuk selamanya kan? Siapa tau kan?kan kan? Cuma keletihan fizikal untuk mengharungi semua perkara dengan pasangan itu yang membuatkan letih. Kalau bahagia, Alhamdulillah. Kalau selalu bergaduh? Tak ke penat kau?
Akan tetapi (skemanya) sepenat-penat diri, sepenat-penat keadaan, percayalah. Kesukaran untuk membenci amatlah sukar untuk dihinggap di ranting hati. Kerana SAYANG melebihi segalanya.
No comments:
Post a Comment